dewasa


ofisialnya tahun ini aku tamat pengajian di perantauan. cuma tuhan tau betapa apa yang aku hadap sendiri sepanjang lima tahun beberapa bulan. dari memikirkan kelancaran pengajian, pengurusan diri dan kesejahteraan peribadi, sehingga lah ke hablumminannas. belum kira hablum minallah yang tersasar jauh tidak terjangkau. astaghfirullahal adzhim

tahun 2015 adalah tahun dewasa. banyak yang membuka mata, hati dan jiwa. sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya telah aku senaraihitamkan demi memenuhi ekspektasi manusia terhadap aku. tidak ada satu pun yang membawa bahagia pada aku. maka itu aku jadi faham, tentang betapa tiadanya perlu memenuhi nafsu orang lain yang mahu kita bagaiman dan mahu kita berbuat apa. lebihnya aku memandang tinggi pada manusia berbanding tuhan aku sendiri. tergadai seketika rasa mahu bertuhan dalam pada rasa ingin kelihatan di mata manusia.

tahun 2016 aku mahu lebih sederhana. sudahlah dulu melihat pada yang seringkali buat aku rasa tidak pernah cukup. aku mahu belajar bersyukur pada setiapnya yang telah ada dan tidak melebih meminta pada yang aku tidak perlu ada tapi mengada-ngada mahu ada. aku mahu belajar merasa cukup malah lebih, atas segala yang aku ada yang tidak ada pada orang lain. 

tahun 2016 aku mahu belajar berdikari buat semua sendiri. kalau sebelum ini bahagia aku seakan ada pada manusia lain, biarlah tahun ini bahagia aku cipta sendiri. aku mahu ada matlamat sendiri yang aku perlu capai. bucket list yang aku mahu tanda semua sendiri. aku mahu jalan jenguk dunia pada sisi lain. aku mahu belajar perkara yang tidak diajar semasa aku jadi pelajar dulu.aku mahu berhidup semahu aku.

tahun 2016 aku mahu menulis. aku mahu mampu tulis setiap apa yang tidak mampu aku suarakan. aku mahu jujur pada diri sendiri tentang apa yang aku rasa. aku mahu tulis semuanya di sini. tersirat atau nyata terlihat, abstrak atau tidak, catatan atau puisi, malah apa saja yang aku terilhamkan asalkan yang baik-baik, aku mahu tulis.  

tahun 2016 aku mahu kembali rasa bertuhan. aku mahu merasa kembali kasih sayang allah yang sudah lama tidak aku rasa. bayangkan tahap pendosa keberapa aku ini, sampaikan jarang sekali tersentuh hati merasa rahmat Allah. aku rindu rasa itu. aku kira sudahlah dulu zaman menambah dosa. aku mahu lebih baik dari ini.aku tahu aku mampu jadi yang lebih baik dari ini. aku pun manusia biasa, ada rasa mahu merasa apa itu hidup penuh berkat. semoga sekecil-kecil usaha menjadi sebesar--besar kebaikan sepanjangnya selagi hidung masih kembang kempis menghirup dan menghembus nafas yang Allah pinjamkan.

sekian saja tahun untuk mendewasa. kini masa untuk hidup sebagai seorang dewasa.

12:00am
1/1/2016

wasted





"if you saw me daddy, you would be so ashamed..because i'm wasted.."

tidak mati

tidak mati
kalaupun sendiri tiada yang sudi

tidak mati
kalaupun ramai menohmah benci

tidak mati
kalaupun bergunung bakti orang tak puji

tidak mati
kalaupun kalah di arena kelahi

tidak mati
kalaupun hidup tanpa aprisiasi

tidak mati.

11:33pm
25/12/2015


sendiri

kau mahu berkongsi rasa
tapi takut dengar nasihat serupa
'oh itu biasa, sudah dirasa semua manusia'.

maka kau simpan
berfikir tak seberapanya beban
berbanding beban mereka yang kau tolong hadapkan.

hadaplah walau sendiri
seperti kata ayahanda kekasih hati
semoga jadi saham berharga di akhirat nanti.

4:33am
15/12/2015