alhamdulillah hari ini aku sudah kembali pada fikiran waras semula.
kalau minggu lepas minda aku bercelaru dan begitu terganggu dek hasutan dan bisikan kata-kata nista lagi dusta sekalian syaitonirrojim, hari ini aku sudah bebas dari dibelenggu semua itu. kalau minggu lepas terasa darah muda menggelegak tidak mahu rasa bersyukur ditempatkan dekat dengan keluarga sebab mahu berjimba jimbo lagi dengan kawan-kawan yang ditempatkan bersama di bandar sana, hari ini darah sudah kembali normal kepada darah seorang dewasa yang sedia untuk bertanggungjawab kepada anak kampung sendiri dan seterusnya menjadi anak yang membahagiakan mama dan bapa sebaik mungkin.
dengan izin allah, semoga aku kekal bermomentum begini. semoga aku kekal berjiwa besar mahu mendidik anak-anak yang aku kira agak mencabar kewibawaan ku adakala. semoga aku kekal bersemangat waja mahu mendeko bilik di rumah dan meja ruang kerja aku di sekolah. semoga aku kekal sihat dan sejahtera untuk membahagiakan keluarga aku disini. semoga aku bertabah dengan proses belajar memandu untuk dapat lesen sendiri (sudah-sudahlah bapak sendiri jadi driver persendirian ish ish ish). dan akhirnya semoga aku terus kuat untuk melaksanakan semua perancangan sebaiknya.
life will be more than just living now. its time to go out of the comfort zone..
setahun dari sekarang, aku harap aku tersengih lebar bila baca ini dan teringat betapa aku bermula dengan kosong dan masih merangkak mencari posisi terbaik dalam proses transisi kehidupan ini (dan mudah mudahan pada masa itu sudah banyak yang tercapai hendaknya).
11.48pm
25/01/2016
No comments:
Post a Comment