sudah dapat apa yang kita doa
tapi seperti bukan itu yang kita mahu
pernah?
pernah rasa,
berharap segala macam perkara
tapi diam-diam kita mahu sebaliknya
pernah?
pernah rasa,
rasa mahu rasa begini
tapi terasa begitu
pernah?
mahu guna sifir apa
supaya tahu yang mana sebenarnya mahu dirasa?
atau lebih tepat lagi,
mahu bagaimana
supaya cukup satu rasa saja?
12:13am
20/1/2016
No comments:
Post a Comment